rosli on February 24th, 2010
====================================
Apa yang ada pada tarikh lahir anda?
====================================

Emel dari pembaca Metro:

“Salam En Azizan, saya ingin tahu tentang sejauh manakah
kaedah yang tuan ajarkan ini boleh kita aplikasikan di dalam
kehidupan kita? Saya juga ingin tahu bagaimana untuk memilih
perniagaan yang sesuai kerana saya telah membuat banyak
perniagaan dan menyertai banyak perniagaan jualan langsung (MLM)
tetapi masih lagi tidak berjaya. Diharapkan tuan boleh memberikan
sedikit pandangan.

Ahmad Daniel Reza, Bukit Mertajam, Pulau Pinang”

Salam Daniel dan semua!

Saya amat teruja juga melihat banyak emel yang dihantar kepada
saya yang meminta pendapat ataupandangan tentang pelbagai masalah
atau situasi yang berlaku disekeliling kita sehari-hari. 

“Macam-macam Azizan.....”
agaknya itu rancangan yang boleh kita buat akan datang tentang
pelbagai sketsa kehidupan (Saya ada buat kiraan keserasian
mengikut nama dan tarikh lahir Mawi dan Ikin, tetapi tak pasti
patut tak disiarkan! Insya-Allah akan datang saya kongsi dengan
anda).  Ada yang mencari penyelesaian tentang masalah kewangan,
perniagaan, perhubungan sesama keluarga, suami-isteri, ibu bapa
dan anak serta pelbagai situasi yang menarik yang saya teringin
nak bantu.

Kepada semua yang menghantar emel, saya ucapkan terima kasih.
Banyak yang kita dapat balas dan yang belum tu... Harap bersabar
atau kalau dah tak boleh sabar dah, jumpa saja saya di workshop
bulan depan. Insya-Allah dapat mencari penyelesaiannya. Terima
kasih juga kepada ramai yang telah mendaftar untuk workshop kita
bulan depan, tahniah kerana anda bertindak sekarang dengan
mengambil peluang harga promosi yang kami berikan dan anda memang
nak belajar ilmu yang akan merubah kehidupan anda menjadi lebih
hebat lagi.

Apa yang saya nak sentuh hari ini adalah tentang  “APA YANG
ADA PADA TARIKH LAHIR ANDA?”. Ramai yang cakap ini adalah tilik
atau ramal nasib dan sebagainya. Dan saya hanya tersenyum kalau
ada orang yang cakap begitu, kerana saya dulu pun berfikiran
begitu juga. Sehinggalah saya memberikan diri saya peluang untuk
membuat kajian sendiri 10 tahun dulu untuk membuat kepastian
serta bagi mengenali kekuatan, kelemahan, ancaman, peluang dan
potensi diri saya sendiri dan pada masa yang sama saya
mempraktiskan kaedah ini di dalam kehidupan saya, di dalam
perniagaan saya, saya gunakan untuk membantu orang-orang
disekeliling saya, di mana kaedah ini adalah tinggi ketepatan
“pattern” untuk digunakan sebagai salah satu panduan untuk
menghuraikan tentang seseorang itu. Saya juga berpeluang belajar
banyak daripada ramai guru-guru yang hebat seperi arwah Tuan Haji
Sulong, arwah Pak Md Nor, Hj Mahadi, abang Eddy Rosyaidie dan
abang Salman.

Kaedah ini hanyalah mengenal pasti pattern ataupun corak tentang
sesuatu kejadian yang telah berlaku sebelum ini dan kemudian kita
buat satu strategi untuk memperbaiki situasi itu. Contohnya,
latar belakang saya dulu adalah di dalam bidang analisa
pelaburan. Di dalam menganalisa pasaran saham dan hala tujunya.
Kita memerlukan alat dan kaedah untuk membuat kajian. Maka
biasanya penganalisis pelaburan akan membuat kajian berdasarkan
“fundamental analysis” tentang ekonomi secara global, makro,
perbandingan antara industri, menganalisa laporan kewangan
tahunan, menggunakan “technical analysis” untuk mengkaji
pattern pergerakan saham syarikat tersebut sebelum kita membuat
sesuatu ramalan atau forecasting. Setelah kita membuat kajian dan
ramalan ini, kita tak akan berani mengatakan 100% tepat. Tetapi,
setelah semua usaha dan kajian telah dilakukan, kita akan lebih
berani dan yakin dengan keputusan yang kita buat dan kita akan
lebih bersedia dengan risiko yang mungkin kita sanggup h
adapi.

Contoh (2) yang saya suka nak beri adalah tentang peniaga ais
krim. Seandainya satu kajian statistik dijalankan, kita akan
dapati ada perbezaan jualan ais krim di musim panas dan musim
hujan (Bukan di dalam bulan ramadhan). Bila hujan, biasanya
jualan ais krim akan merosot. Tetapi, sekiranya peniaga ais krim
itu membuat kajian mudah dan sedar tentang situasi ini, apa yang
dia boleh lakukan ialah, peniaga ais krim boleh bersedia menjual
ais krim goreng ketika musim hujan, silap-silap jualan ais
krimnya akan meningkat!

Kedua-dua contoh mudah di atas adalah bagi kita memahami tentang
kaedah tarikh lahir ini adalah satu kajian pattern of behaviour
ataupun corak kelakuan . Contoh secara asasnya, bagi sesiapa yang
lahir pada 1hb, 10hb, 19hb, 28hb atau bulan Januari atau bulan
Oktober, biasanya orang ini mempunya karektor sebagai pemimpin,
suka mengawal dan mengarah, keyakinan diri yang tinggi,
‘perfectionist’, banyak idea orangnya, tak mahu kalah atau
mengalah walaupun dia salah, ego yang tinggi dan banyak lagi yang
kita boleh huraikan tentang dia. Begitulah seterusnya bagi setiap
nombor asas ini, ada huraian perwatakan yang boleh kita kenal
pasti samada untuk diri kita atau diri orang lain. Samada
kekuatannya ataupun kelemahnya.

Melalui tarikh lahir kita boleh kita huraikan tentang watak kita
atau orang sekeliling kita samada yang kita sedar atau tidak, di
mana yang watak yang bagus kita boleh tingkatkan lagi dan
sekiranya tidak bagus kita boleh perbaiki. Kita boleh huraikan
tentang potensi di dalam satu-satu jenis perniagaan kerana banyak
kajian yang telah dibuat sebelum ini yang kita dapati, mereka
yang berjaya dan kaya, biasanya mereka secara sedar atau tidak
berada di dalam satu perniagaan atau industri yang sesuai dengan
elemen pada tarikh lahir mereka. Ini memudahkan mereka mencapai
kejayaan yang mereka kehendaki. Sebab tu ada kes yang kita jumpa
di mana ada peserta yang sebelum ini dia selalu gagal di dalam
perniagaan tetapi setelah mengikuti kursus saya, mereka telah
memilih perniagaan yang sesuai dengan elemen yang ada pada mereka
dan berkat usaha dan strategi yang sesuai, dia sekarang sangat
berjaya.

Selain daripada diri kita, melalui analisa tarikh lahir juga
kita boleh rancang masa depan anak-anak kita, kita boleh tahu
psikologi cara mereka berfikir dan cara nak berkomunikasi dengan
mereka. Melalui kaedah ini, saya dan ramai yang telah gunakan
sebelum ini untuk memilih pekerja, rakan niaga atau bos yang
sesuai dan serasi dengan kita. Ada yang menggunakan untuk
mengenal pasti pasangan yang sesuai atau lebih mengenal pasangan
mereka sekarang. Melalui kaedah ini juga, kita boleh mengenal
pasti potensi masalah kesihatan untuk membuat pencegahan atau
mencari penyelesaian.

Jadi, kunci kata yang saya suka gunakan kepada sesiapa yang
ingin tahu, apa yang kita boleh buat dengan tarikh lahir kita?
Maka jawapan saya ialah “kenal dan rancang”, “Check and
balance”, “swot analysis” atau mengenal pasti kekuatan,
kelemahan, potensi, ancaman dan peluang yang kadang-kadang kita
memang ada. Ramai yang hantar emel kepada saya yang mengatakan
dia rasa dia seorang yang gagal di dalam perniagaan, percintaan,
pelajaran, perkahwinan, keibu-bapaan dan macam-macam lagi.
Tetapi, jawapan saya sangat mudah............ Sebab kita belum
sempat nak kaji tentang diri kita. Saya selalu cakap di dalam
program saya yang ramai di luar sana sanggup belanja ribuan
ringgit untuk mengubah suai rumah, ubah suai kereta dan pasang
‘sports-rim’, sanggup belanja ribuan ringgit untuk lalui
banyak kegagalan. Tetapi tak sanggup untuk melabur di dalam
peningkatan dan pengubah suaian diri untuk membina strategi ke
arah mencapai kebahagiaan, kesihatan, kekayaan dan kejayaan
tetapi kita gembira untuk menjerit-jerit komplen.....
“Kenapa aku selalu gagal?
Kenapa anak-anak aku gagal?
Kenapa aku tak kaya?”

Wassalam.

Testimonial
“Saya tak percaya pada mulanya yang tarikh lahir saya boleh
dihuraikan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri
sehinggalah saya menyertai Workshop Rahsia Tarikh Lahir oleh
Azizan Osman, saya lebih yakin dengan potensi diri saya. Terima
kasih kepada Azizan kerana berkongsi ilmu rahsia ini.”

Ir. Ishan Ismail (Project Manager, Island & Peninsular Bhd))

jumpa lagi di post yang akan datang

Tags:

rosli on February 17th, 2010

lelaki

Lelaki jujur tidak gemar kalau dia dicurigai. Dia juga tidak suka dikatakan sedang menyembunyikan sesuatu. Lelaki jujur biasanya cemerlang dalam pelajaran ataupun pekerjaan. Dia tidak punya masa untuk bermain sembunyi-sembunyi. Dia suka berterus terang dan dia mahu orang mempercayai kata-katanya. Kalau dia dicurigai dia boleh berasa amat kecewa dan boleh bertindak.

Misalnya, seorang suami yang memang tiada apa-apa skandal di luar, jika isterinya tidak habis-habis melemparkan kata-kata curiga, dia boleh bertindak betul seperti apa yang dikatakan oleh isterinya itu. Aku jujur pun isteri aku kata aku tak jujur. Baiklah aku tak payah jujur. Dikhuatiri kata-kata begini mula terdapat di dalam hatinya. Dia mungkin tidak bertindak songsang pada waktu terdekat, tetapi apabila titik hitam mula terbentuk di hatinya lambat laun, ia mungkin terjadi.

Begitu juga seorang lelaki jujur dalam kategori tunang ataupun teman. Orang jujur memang tidak patut dicurigai. Sebenarnya bukan orang jujur saja, siapa
pun tidak suka jika dia dikatakan tidak baik, meskipun dia memang tidak baik. Jadi, cuba bayangkan perasaan seorang yang baik tetapi asyik dicurigai.

Persoalannya bagaimanakah hendak mengenali lelaki baik? Memang sukar namun kita perlu berpegang pada satu-satu prinsip untuk dijadikan panduan. Kita boleh kata tak semestinya begitu dan tak semestinya begini, tapi jika kita terus berkata begitu, kita tidak akan mencapai kesudahan. Kita akan menjadi seorang jurutikai dan tiba-tiba tanpa kita sedar dia sudah pun meninggalkan kita kerana tidak tahan dengan kerenah kita.

Oleh itu, jadikan apa yang akan saya paparkan di bawah ini sebagai panduan saja. Tidak semestinya betul, harus salah. Lelaki itu jujur jika:

1. Dia seorang yang cemerlang dalam usaha yang dilakukannya. Tidak semestinya betul tetapi kita boleh berpegang lelaki yang sibuk membina kecemerlangan diri memang tidak sempat untuk membina cinta-cinta palsu. Mana mungkin seorang yang sibuk menguruskan perniagaan ataupun tekun melakukan kerjanya ataupun seorang pelajar yang sibuk menelaah ada masa untuk mempermainkan wanita.

2. Dia seorang yang kuat pengamalan agamanya. Tidak semestinya betul sebab orang yang kuat beribadah pun tidak terlepas daripada godaan syaitan, malah semakin besar serbannya semakin besar pula syaitannya. Namun, tentulah lebih ramai yang sempurna hasil kuat peribadahan agamanya berbanding yang ambil tidak peduli dengan agamanya.

3. Dia seorang yang amat mengambil berat tentang keluarganya. Seorang lelaki yang baik pasti seorang yang amat disenangi oleh seluruh ahli keluarganya.
Tumpuannya pada kerjaya, keluarga dan TUHAN.

Gabungan ketiga-tiga aspek ini menjadikan seseorang lelaki itu sempurna. Dia sudah tentu tidak punya masa untuk menjalin hubungan-hubungan luar biasa sebab kesibukannya bersama kerjaya, keluarga dan TUHAN.

Kerjaya menjadikannya seorang yang sibuk untuk mengejar matlamat, keluarga sandarannya untuk menjadi seorang penyayang dan bertanggungjawab. TUHAN pula menjadi pengharapannya demi kehidupan yang lebih baik dan sempurna serta kekal abadi. Apakah anda fikir seorang lelaki yang mempunyai tiga aspek beginimasih patut dicurigai?

Ramai suri rumah akhirnya ditinggalkan kerana terlalu prasangka, menyangka yang bukan-bukan serta merangsang suami dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas. Nasihat saya, berilah kepercayaan padu kepada suami anda selagi belum terbukti sesuatu. Selagi ia berlegar dalam pemikiran ia tidak perlu dilayan.

Selamat membina perhubungan intim dan jadilah orang yang ceria serta bahagia sepanjang hidup kita. Saling mempercayai lebih bagus daripada saling mencurigai.

Wallahu’alam… sumber: Dr.tuah

Panduan Lelaki

Tags:

rosli on February 13th, 2010

untuk mengelakkan salah faham saya delete post ini dan boleh rujuk pada
blog Ustaz Zaharuddin untuk maklumat lebih lanjut.

terima kasih.

Tags:

rosli on February 12th, 2010

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera

Hari ini saya ingin berkongsikan kepada anda semua bagaimana kita nak buat keuntungan daripada emas ini. Untuk membuat keuntungan emas ini terdapat 2 cara:

Pertama- Anda membeli ketika harga rendah dan menjualnya ketika harga emas tinggi. Untuk pengetahuan anda, harga emas sememangnya cepat akan berubah setiap detik. Untuk harga emas public gold, berubahan berlaku setiap 20 minit mengikut harga pasaran dunia.

Kedua- Menggunakan sistem pemurataan kos pembelian emas anda. Ok, saya menceritakan pengalaman saya secara telus dengan emas 20g ini. Bulan Ogos 2009 saya membeli emas 20g pada harga emas RM2312, bulan September 2009 pula saya membeli lagi emas 20g pada harga RM2412, bulan October 2009 saya membeli lagi emas 20g dengan harga RM2427. Cadangnya kalau bulan depan samada harga emas 20g naik atau tidak  saya akan membeli lagi emas 20g itu. Katakan bulan November 2009 saya membeli pada harga emas 20g RM2500. So pengiraan yang mudah kita lihat samada untung atau pun rugi iaitu:

2312 + 2412 + 2427 + 2500 =9651/4

Harga Emas Purata 20g yang saya beli ialah  =RM2412.17 untuk tempoh 4 bulan ini. Ini bermakna saya untung RM87.83 sen atas setiap emas yang saya jual. Jumlah keuntungan semuanya ialah RM351.32 jika keempat-empat emas ini saya jual. Bermakna 3.64% saya untung dalam tempoh 4 bulan.

Disebabkan keuntungannya yang banyak setiap tahun inilah yang MEWAJIBKAN KEATAS KITA UNTUK MENUNAIKAN ZAKAT EMAS. HEHE.

TUHAN ITU MAHA KAYA, MAHA AGUNG LAGI MAHA BIJAKSANA DAN MAHA MENGETAHUI. Setiap apa yang wajib dikeluarkan zakat itu pasti ada hikmahnya dan pasti memberikan keuntungan. Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah kata-kata ini.

Sekian, Wassalam.

Tags:

rosli on January 14th, 2010

Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu?

Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?

Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama. Berpesan- pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS (ABUL BASYAR / Bapa segala manusia)

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi
apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.

Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.Akhirnya, Allah menyuruh
malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:
” Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa
kerjamu atas perintah dan atas namaKu.”

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: “Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil
tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut
roh manusia.”

Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi: “Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha’if

Menurut Ibnu Abbas:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.

11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.

13.Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

PROSESNYA KEJADIANNYA:

1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”.

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan didalam “Alam Malakut”.

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan “Barul Uluhiyah”.

4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah- Nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”.Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya
hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna
kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah di:

1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan
sebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :
Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.

Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu
bahagian badannya masih merupakan tanah keras.

Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.

Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan

Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :”Yarhamukallah”
yang membawa erti: “Semoga engkau diberi rahmat Allah”. Oleh kerana itu jika
orang bersin, menjadi sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan “Yarhamukallah” .

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:
“Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa” .(Al-Israk: II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap
sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

(Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh Muhammad Isa Selamat)

Tags: ,

rosli on October 24th, 2009

Post saya kali ni agak terlewat sedikit, memandangkan saya ada masa terluang untuk menaip artikel Dr Azizan Osman keluaran Metro Ahad pada 4 Oktober 2009. Apa pun ilmu patut di kongsi bersama yer tak? :)

Aktifkan Getaran Kejayaan Anda

Salam semua,

Semoga anda bahagia menikmati Syawal bersama-sama keluarga tercinta! Minggu ini saya ingin berkongsi tentang bagaimana anda boleh mulakan perubahan hidup anda.

Adakah anda berminat untuk membina kehidupan yang lebih bahagia, sihat, kaya dan berjaya? Adakah anda percaya yang anda serta keluarga anda layak untuk kehidupan yang lebih baik daripada sekarang?

Cuba perhatikan semua mereka yang berjaya dan kaya… Adakah beberapa persamaan tentang mereka yang ingin saya kongsikan dengan ada minggu ini… Tetapi sebelum itu, anda perlu faham bahawa secara asasnya, semua benda mempunyai getaran atau tenaganya tersendiri. Ibarat magnet, ia akan menarik getaran atau tenaga yang sama. Dan getaran atau tenaga itu wujud di dalam diri kita.

Kalau nak faham dengan lebih mendalam, jumpa saya di dalam program saya nanti, saya akan terangkan lebih dalam secara saintifik tentang getaran dan tenaga. Saya juga akan ajar tentang bagaimana anda boleh mengenali potensi serta bakat diri anda serta sesiapa sahaja di sekeliling anda… Saya tidak akan mengajar tentang bagaimana anda boleh meramal nasib, menilik bintang atau horoskop atau bagaimana membaca “tarot card” atau tapak tangan atau tilik muka kerana itu semua adalah haram. Kaedah yang saya gunakan adalah kajian sains tingkah laku manusia yang kita kaji menggunakan teori yang sangat “simple”, “Correlation Theory” tentang watak serta bagaimana mengenali kekuatan, kelemahan dan potensi seseorang supaya anda boleh memperbaiki dan mengubah kehidupan diri anda dan sekeluarga.

Contohnya, kita kumpulkan fakta dan data untuk setiap orang yang lahir pada 1hb, 10hb, 19hb dan 28hb. Saya dapati dengan jelasnya yang mereka ini mempunyai beberapa persamaan watak seperti optimistik, apa sahaja kesusahan atau kegagalan yang berlaku di sekeliling mereka, mereka akan katakan, “Ada hikmahnya…” mereka juga selalu mempunyai banyak idea-idea baru, Cuma kadang-kadang idea itu banyak sangat sampai tak terbuat. Mereka mempunya inisiatif untuk memulakan sesuatu benda/perkara yang baru. Suka befikir. Suka memerhatikan orang. Bersifat kepimpinan. Nampak yakin. Banyak lagi tentang watak ini dan kelemahan mereka yang kita akan huraikan bersama di dalam program saya yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Cuma peringatan dari saya ialah JANGAN! JANGAN! JANGAN sesekali bertanya dengan orang yang tidak ada ilmu di dalam bidang ini atau tidak terbuka dengan ilmu-ilmu sains kejayaan atau Ilmu-ilmu baru, kerana mereka biasanya akan kata, “mengarut saja benda-benda ni semua!…”Yalah, anda tanya seorang yang pakar dalam bidang longkang tentang bagaimana nak cipta kereta…Tak relevan kan?

“Berapa ramai yang sepatutnya boleh hidup lebih bahagia, sihat, kaya dan berjaya hari ini tetapi memilih untuk hidup biasa atau hidup penuh dengan kekecewaan, kesempitan, penderitaan dan sentiasa di kelilingi oleh masalah yang tidak putus-putus…”

“Pemerhatian kajian saya selamat 10 tahun mendapati ada beberapa persamaan di antara orang-orang yang berjaya dan kaya…”- Dr Azizan Osman

Di dalam pemerhatian dan kajian saya selama hampir 10 tahun tentang sains kejayaan, saya dapati ada beberapa persamaan di antara orang-orang yang berjaya dan ramai yang kaya serta kaya lagi… Di sini, saya ingin berkongsi 10 tips untuk mengaktifkan tarikan getaran kejayaan:-

  1. Mereka bersyukur dengan setiap satu nikmat Allah swt. Bersyukurnya mereka bukan sekadar dengan kata-kata “Alhamdulillah” sahaja, tetapi disertai dengan perbuatan… Mereka gunakan nikmat tersebut dan biasanya mereka berkongsi dengan orang lain.
  2. Mereka sentiasa mencari ilmu untuk muhasabah diri, mengenali diri dan sentiasa memperbaiki diri mereka. “Non-stop” mendapatkan ilmu dan mentor untuk memudahkan mereka berjaya. Mereka sanggup berkorban wang ringgit dan masa untuk ditukarkan dengan mendapatkan ilmu dan mentor. Mereka faham yang ilmu adalah penyuluh hidup mereka.
  3. Mereka bergaul dengan orang-orang yang positif yang membantu pemikiran mereka serta kejayaan hidup mereka.
  4. Mereka bersangka baik. Apa maksud “bersangka baik”. Berfikiran positif tentang diri sendiri dan orang lain. Hidup ini ada “Ups” dan ada “Downs”, tetapi mereka yakin yang setiap satu kesusahan akan disertai dengan kesenangan. Itu janji Tuhan.
  5. Mereka tidak iri hati atau sakit hati dengan kejayaan orang lain malahan mereka mendoakan kejayaan orang lain dan berdoa yang mereka juga akan berjaya seperti orang lain.
  6. Perkataan “putus asa” tidak ada di dalam kamus hidup mereka.
  7. Mereka menymbang kepada masyarakat atau kepada mereka yang memerlukan.
  8. Sentiasa berfikiran besar dan positif.
  9. Menjaga ibu bapa mereka dan mengembirakan rakan mereka. Ini rahsia besar untuk berjaya dalam hidup.
  10. Sekiranya mereka muslim, saya dapati mereka banyak beristiqhfar selain daripada menjaga tanggungjawab mereka sebagai muslim, amat mudah mengaktifkan getaran kejayaan di dalam hidup mereka.

Selain daripada itu, saya rasa semua orang wajib mendapatkan ilmu untuk kenali diri mereka sendiri, sebelum digunakan untuk mengenali semua orang disekeliling mereka. Selain daripada ia adalah tuntutan agama, ia adalah cara untuk anda menggunakan bakat (nikmat) yang diberikan oleh Maha Pencipta untuk digunakan kearah yang betul. Contohnya, kalau anda tidak ada ilmu tentang bagaimana memandu kapal terbang tetapi anda mahu memandunya, anda akan “end-up” menekan butang yang salah…

Banyak lagi nanti yang akan saya kongsikan didalam program “Seminar Kenali Potensi Diri-Revolusi 2010” serta “Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan” yang akan dilancarkan beberapa minggu yang akan datang ini.

Tetapi bagi anda yang tak sabar untuk berjumpa dengan saya, mendaftarlah sekarang untuk program Mini Workshop Kekayaan dan Kejayaan bermula minggu hadapan di seluruh Malaysia

Berapa ramai yang saya lihat, mereka sepatutnya boleh hidup lebih bahagia, sihat, kaya dan berjaya hari ini tetapi secara sedar atau tidak, mereka memilih untuk hidup biasa-biasa atau hidup penuh dengan kekecewaan, kesempitan, penderitaan dan sentiasa dikelilingi oleh maslah yang tidak putus-putus…

Saya telah berjaya mengadakan program untuk lebih 20,000 orang tahun ini sahaja untuk memulakan perjalanan mengenali potensi diri mereka dan untuk digunakan secara maksima. Saya akan melancarkan program yang lebih besar tidak lama lagi, 60,000 tiket mungkin percuma juga untuk program seluruh Malaysia, tetapi sekiranya anda mahu menjadi orang yang pertama mendapat informasi tentang pelancaran program yang terdekat ini, sila layari www.rahsiatarikhlahir.com.my dan daftarkan nama dan emel anda secara percuma di situ untuk mendapatkan info dan artikel dari saya.

Bersedia untuk belajar bagaimana boleh mulakan perubahan di dalam hidup anda? Dapatkan artikel saya yang lepas lepas di www.rahsiatarikhlahir.com.my dan jumpa lagi minggu depan di Metro Ahad.

Tags:

rosli on October 19th, 2009

Seperti minggu yang lepas minggu ni saya nak berkongsikan lagi cerita dan “sharing” dari Dr Azizan Osman, selepas baca di Harian Metro 18 Oktober 2009, saya tulis semula didalam blog supaya boleh di baca pada bila-bila masa yang anda dan saya suka.

Salam semua,

Tahniah kepada anda yang telah menyertai program Mini Workshop Mentor Kekayaan & Kejayaan di Kuala Lumpur, Melaka dan Kuantan minggu lepas. Anda semua memang BEST!

Sejak kecil lagi, mak dan ayah saya selalu tekankan tentang betapa perntingya mendapatkan ilmu dan guru sekiranya kita ingin berjaya di dalam sesuatu perkara. Boleh, kita boleh sahaja melakukan sesuatu perniagaan atau membina kerjaya itu tanpa ilmu, tetapi acapkali ianya akan membuatkan kita terpaksa “melanggar dinding”, belajar dari kesilapan, membayar “kos” lebih tinggi sebelum kita tersedar dari kesilapan tersebut.

Kita bersyukur dengan setiap nikmat yang kita ada sekarang. Tetapi pada masa yang sama, saya ingin bertanya, berapa ramai dari anda yang ingin mempunyai kehidupan yang lebih baik dari sekarang? Cuba angkat tangan sikit…

Tetapi adakah anda mempunyai ilmu yang cukup? Anda tahu ke potensi anda yang sebenar? Anda ada mentor atau guru? Orang tua-tua kan selalu bercakap, nak belajar apa pun mesti ada guru, kalau tak takut sesat barat…

Biarlah apa orang cakap tentang anda, tetapi percayalah yang anda sebenarnya layak dan sepatutnya hidup lebih berjaya serta lebih baik dari sekarang. Tetapi apa yang penting adalah anda serius untuk bertindak. Bertindak untuk belajar, belajar dan belajar tentang rahsia kejayaan dan bagaimana membina kekayaan. STOP! Berhentilah memberi alasan-alasan mengarut “Nantilah”, “Tak sempatlah”,”Sibuklah” kerana sebab alasan-alasan itu yang anda telah gunakan betahun-tahun yang membuatkan hidup anda “biasa-biasa” sahaja sampai sekarang…

Bagi saya, orang yang buat sesuatu tanpa ilmu adalah buta dan orang yang ada ilmu tapi tak buat adalah “bangang”. Jangan marah tapi itulah hakikatnya. Apatah lagi kalau orang itu berdoa siang malam nak kaya dan berjaya tapi hanya sekadar doa, tak ada ilmu, tak nak cari guru, tak sanggup nak “invest” untuk belajar, anda perhatikanlah, Insya-Allah macam tula “life”dia sampai bila-bila…

Minggu ini saya ingin berkongsi satu lagi emel daripada salah seorang peserta saya Rozila Nawawi yang telah mengirimkan kepada saya beberapa minggu lepas dan telah saya paparkan di laman web saya www.rahsiatarikhlahir.com.my

Disebabkan saya tahu ramai yang tidak berkesempatan untuk membacanya di internet, jadi saya mengambil peluang ini untuk berkongsi dengan anda sedutan emel di bawah ini tentang Rozila atau Azie yang telah berjaya Alhamdulillah menggunakan ilmu Allah yang saya kongsikan di dalam program saya untuk merubah kehidupannya dalam tempoh beberapa bulan sahaja.

Emel dari Rozila

Assalamualaikum WBT dan selamat pagi…

Apa khabar DR?

Antara ribuan anak didik Dr, saya masih berharap Dr masih mengingati saya. Kalau Dr tak ingat, nanti saya buat alpha supaya Dr ingat ye, hehee…

Okey,

Sebenarnya sy mengambil kesempatan kat sini untuk berbicara & bkongsi secara peribadi tentng bebrapa perkara dgn Dr.

Bukan sekadar testimoni, tapi lebih kpd rasa bersyukur dgn kehidupan yang saya lalui sekrang.

Masalah saya selesai satu demi satu, hampir sattle 100%. Semuanya setelah saya kenali potensi diri saya, mengaplikasikan ilmu2 yg tercurah dari Dr. Bermula dari WRTL hinggalah RKMJ Aug 09.

Tamat WRTL Asas n Lanjutan, proses membina diri. menepis dan memperbaiki kelemahan diri saya praktikkan dari sehari ke sehari. Alhamdulillah, ianya berkesan.Ini kerana setelah mengetahui bidang bisnes yg sy usahakn sgt bertentangan dgn unsur saya. Maka saya cuba mencari jln penyelesaian. Ya Dr., ada benar kajian itu, bahawa sesuatu yg bertentangan dgn unsur kita, membuatkan hidup dan bisnes yang saya lakukan mengalami bnyk tekanan.

Sayang untuk saya lepaskan bisnes yg saya dah melabur ratusan ribu RM. Maka saya gunakan cara yg bijak, seperti saranan Dr. Saya hanya menguruskan dari jauh, dan menggantikan tempat saya dlm syarikat dgn seseorg yg sya percayai. Kebetulan orgnya sgt sesuai dgn ‘besi’ dan Alhamdulillah… usaha itu menjadi!!!

Lebih dari itu, masalah, tekanan dan segala kelemahan dpt saya selesaikan dgn mudah. Disokong dgn tip2 lain yg Dr ajarkan, antaranya seperti ubah warna dinding dan lain2 tu.

Syukur… saya berjaya selamatkan syarikat dari terus mengalami kerugian… Nau’zubillah.

Kajian yg diajar, ilmu yang diberi, dan teknik saya praktikkan….

Menunjukkan yang saya sgt2 sesuai jika menceburi dlm bidang hartanah. Oh… baru saya tahu!!! Maka, saya berfikir apa salahnya jika sy mencuba sementelah bisness yg satu itu telah saya serahkan kpd org lain untuk uruskannya. Tak senang jika saya hanya duduk dirumah…. saya harus mencari lebih byk kekayaan.!!!

Terlalu asing bidang hartanah ini pada saya. ZERO!!! saya tak tahu apa2.

Tapi, dgn kuasa minda dan teknik yg saya ada…. saya cuba pelajari dan mdapatkan maklumat dari pelbagai sumber. Perbualan dgn seorang kenalan semasa Program RKMJ lalu, menguatkan keiinginan saya. Idea dan nasihat dari beliau saya terus aplikasikan selepas tamat program.

Ya Allah…. peluang dtg tanpa saya jangka!

Setelah mendapat seorg mentor yg sesuai dlm bidang ini, saya tidak mmbuang masa & terus melabur utk ikuti seminar khas mengenai ejen hartanah, pendaftaran ejen dan ikuti training2 yang berkaitan.

Alhamdulillah….

Benar Dr.!!! Dalam bidang hartanah ini, segala urusan saya sangat lancar…. ianya benar2 melonjakkan diri saya. Senior agent dan pengarah syarikat pun terkejut dgn pencapaian saya.

Berdasarkan sistem dan ilmu yg mentor ajarkan, sehari selepas training saya terus mendapat customer dan close deal untuk menjadi ejen beliau dgn nilai hartanah yang agak tinggi. Mencecah setengah juta RM. Andaikata terjual, komisyennya dalam lingkungan 11K. Selang dua hari selepas itu, saya dilantik oleh seorang lagi pemilik hartanah dengan nilai jualannya lebih kurang yang pertama tadi. Wowwww…..!!!

Sebenarnya Dr, bukan figure itu yg sy nak ceritakan kpd Dr.

Tapi…. saya nak bgtau yg ilmu Dr cukup memberi impak kpd hidup saya. Saya anggap semua ini rezeki dan rahmat dari Allah, sememangnya perkara yang satu itu tidak dapat disangkal lagi. Tetapi, bersyukur kepadaNya juga kerana menggerakkan hati saya untuk mengenali, dan menuntut ilmu dari seorang guru. Iaitu Dr Azizan. Seperti dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan kami terlalu mengagung2kan Dr, itu tidak benar sama sekali. Sebenarnya ianya lebih kepada penghargaan kepada insan yang telah membuka peluang dan menunjukkan jalan serta panduan. Titik tolak yang sebenar, adalah dari diri kita sendiri samaada ingin berubah atau tidak. Betul tak Dr??? Jika datang guru yang macammana bagus sekalipun, tapi kalau kita tak ikut… tak nak beramal dan masih mahu hidup biasa-biasa.. maka jadilah anda seperti yang dulu dan lepas-lepas. Islam sendiri menegaskan, ilmu yang tidak diamalkan ibarat pohon yang tidak berbuah!!!

Tegasnya disini, rasa penghargaan dan syukur saya lebih kepada Allah SWT, temukan saya dengan Dr Azizan. Andaikata saya tak jumpa Dr. Mungkin sehingga sekarang pun saya tak tahu yg saya mmpunyai potensi sgt besar dlm bidang hartanah ini, contohnya.

Dr, dalam bidang ini, ianya seperti permulaan yang sangat baik buat saya. Apa lagi, terus saya memasang impian, saya akan menjadi ROBERT KIYOSAKI MALAYA yang HEBAT…. hehehe…

Dr tolong doakan saya ya!

Akhir sekali, terima kasih yg tdk terhingga sekali kpd Dr & krew, semoga kita sama2 berjaya dan di Rahmati Allah. Aminn….

ps : Banyak nyer nak kongsi, tapi adakah Dr sudi???;D

Ikhlas,

Rozila Nawawi, Kajang.

Komen Dr.Azizan:

Terima kasih Rozila kerana memberikan saya kebenaran berkongsi kepada pembaca blog ini dan menyertakan nama penuh dan nama sebenar anda. Ramai orang menyamar zaman sekarang ni di balik nickname. Pembaca boleh search Rozila di facebook sekiranya anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatannya.

Perkongsian emel peserta yang telah mengorak langkah dan mula merintis kejayaan demi kejayaan adalah dialu-alukan supaya lebih ramai yang akan mempunyai getaran minda yang positif yang dipanggil sebagai Alpha Brain Wave.

The more you give, the more you’ll get back!

Tahniah Rozila, semoga anda akan lebih berjaya dan terus berjaya Insya-Allah.

Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah nasibnya sendiri. Dan untuk berubah, anda perlukan ILMU, MENTOR YANG BAGUS DAN SISTEM yang telah terbukti berjaya Insya-Allah

Tags: , ,

rosli on October 11th, 2009

Saya tertarik dengan artikel Dr Azizan Osman di harian metro (11 Oktober 2009) kandungannya ingin saya berkongsi dengan pembaca blog saya.
Selamat membaca

Salam semua,

Minggu ini saya ingin berkongsi dengan anda semua satu emel daripada salah seorang peserta saya Raffiah Md.Esa dari Johor Bahru yang ingin berkongsi kisah dengan anda.

Raffiah telah menyertai program saya di Johor Bahru pada bulan Julai tahun lepas. Dalam tempoh 1 tahun ini, Alhamdulillah hidupnya telah berubah setelah mempraktikkan ilmu yang dipelajari melalui program-program saya.

Ada sesetengah orang menganggap bahawa setelah habis SPM atau setelah mempunyai ijazah, mereka tidak perlu belajar lagi. Salah! Semua orang ingin berjaya perlu sentiasa sedia memperbaiki dirinya dan bersedia untuk belajar ilmu baru. Dan ilmu untuk menjadi berjaya atau kaya hanya boleh diajar oleh orang yang telah terbukti berjaya. Bukan Ph.D atau berapa keping Ijazah sahaja menjadi ukuran, tetapi ilmu kejayaan itu mungkin boleh dipelajari daripada sesiapa sahaja yang telah berjaya hatta daripada seseorang yang tidak mempunyai pendidikan yang tinggi.

Jangan salah faham, Bukanlah saya mengatakan pendidikan yang tinggi itu tidak penting, tetapi maksud saya adalah untuk menjadi seorang yang berjaya di dunia dan di akhirat, anda perlu bersedia untuk belajar daripada sesiapa sahaja yang telah berjaya. Yang baik dijadikan tauladan, yang tidak sesuai anda jadikan sempadan.

Anda juga perlu belajar menjadi seorang yang melihat hikmah dan kebaikan daripada setiap sesuatu kesusahan. Apa yang penting adalah anda mahu dan sanggup lakukan apa sahaja untuk membuat perubahan hidup anda serta keluarga anda untuk menjadi lebih bahagia, sihat, kaya, berjaya dan mencari keberkatanNYA. Tuhan tidak akan mengubah nasib kita sehingga kita mengubah nasih kita sendiri. Tetapi bagaimana kita mahu mengubah nasih kita sekiranya kita tidak tahu apakah kekuatan diri kita, kelemahan diri kita serta potensi diri kita? Apatah lagi sekiranya kita tidak bersedia untuk berkorban masa, tenaga dan invest sedikit untuk belajar mengubah hidup kita?

E-mel dari Raffiah Md. Esa:-

Sekalung kasih, setulus budi, pada semua pembaca dan graduan Dr Azizan Osman.

Saya hanya manusia biasa yang lahir tanpa keistimewaan atau “privilege”, malahan sepangjang hidup saya dulu sering dalam kekecewaan.

Dulu, setiap hari apa yang saya impikan adalah kematian sebagai jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah, untuk menghapuskan dan menamatkan penderitaan.

Namun dari hari pertama saya mengikuti program kenali potensi diri (dulu dikenali sebagai workshop Rahsia Tarikh Lahir) Dr Azizan Osman di Johor Bahru pada bulan Julai 2008, saya merasakan seperti telah disuntik ubat “booster” kegemilangan dalam kehidupan.

Baru saya nampak yang masih ada sinar untuk saya teruskan kehidupan untuk memperbaiki kesilapan & kelemahan masa lalu.

Apa yang penting usaha, yakin dan percaya segalanya adalah hikmah & anugerah Illahi.

Bermula dari detik itu saya berusaha untuk lebih mendalami potensi diri menggunakan ilmu yang telah diajar. Bersemangatkan keyakinan dan pasti setiap langkah yang dilalui mendatangkan kebaikan, setiap tips dan teori yang diajar oleh Dr Azizan Osman saya kupas dan fahami sehingga fanatik jadinya.

”Bukan Ph.D atau berapa keping ijazah sahaja menjadi ukuran tetapi ilmu kejayaan itu mungkin boleh dipelajari daripada sesiapa sahaja yang telah berjaya – Dr Azizan

Dalam tempoh 2 bulan selepas program, saya gunakan warna yang menyokong elemen getaran diri saya didalam getaran kehidupan seperti yang telah diajar. Rupa-rupanya seseorang itu boleh mendapat tenaga bukan sahaja melalui cara pemakanan yang betul, ilmu yang betul, malahan termasuklah warna yang betul. Saya dapati dengan izin Allah swt, saya dapat melihat perubahan positif di dalam kehidupan saya seteleh saya menggunakan warna-warnna yang menyokong elemen saya

Saya tidak bertuhankan Dr Azizan, tetapi saya bersyukur kepada Allah swt dengan ilmu yang ada padanya yang dikongsikan dengan peserta seperti saya, keikhlasannya serta keberkatan ilmu yang saya perolehi, ia memudahkan hidup saya seolah–olah dihujung jari. Tersemat di hati serta sanubari betapa murni dan sucinya kehidupan ini jika semua manusia yang berkeperibadian sebigini.

Satu perkara yang memeranjatkan saya ialah apabila saya diberhentikan kerja kerana kesilapan kecil setelah berkhidmat selama lebih dari 15 tahun di sektor perbankan. Saya tidak menyesal malahan berterima kasih dengan Dr Azizan, kerana dialah orang pertama yang bertanya adakah saya redha dengan apa yang terjadi.

Semenjak diberhentikan tahun lepas, saya telah menumpukan seluruh kehidupan dan kekuatan yang ada pada perniagaan yang saya curi-curi ceburi lebih dari 2 tahun lalu didalam bidang landskap. Kebetulan perniagaan yang saya ceburi ini, bersesuaian dengan saya berdasarkan kajian penyesuaian yang diajar oleh Dr. Azizan di dalam programnya. Ianya adalah tepat dan memberi kesan serta impak yang positif kepada saya.

Kaedah kuasa minda pada frekuensi Alpha Brain Wave yang diajar oleh Dr. Azizan juga amat menarik. Dengan izin Allah swt, doa saya makbul dengan cepat dan menjadi apabila saya inginkan projek jutaan runggit dan saya telah berjaya mendapatkannya dalam tempoh lebih kurang 2 bulan selepas saya menyertai program Dr.Azizan.

Tetapi langit tidak selalu cerah. Satu dugaan saya hadapi bila harga minyak naik secara mendadak dan projek yang saya dapat bertukar menjadi igaun ngeri bila syarikat saya dianggarkan akan mengalami kerugian melibatkan jumlah yang hampir setengah juta Ringgit Malaysia. Ditambah pula dengan kesilapan tersebut harga tender pada awalnya yang agak rendah dan rakankongsi pula lari kerana takut tanggung hutang. Tiba-tiba saya rasa seperti telah jatuh ditimpa tangga! Sangat memeningkan ketika itu.

Tetapi pada waktu itulah pentingnya mempunyai mentor. Dengan berkat tunjuk ajar serta bimbingan Dr. Azizan, saya telah menggunakan kaedah getaran Alpha & Delta ( Satu kaedah penggunaan kuasa minda), sesuatu yang menakjubkan telah berlaku.

Alhamdulillah segalanya dapat diatasi, harga tender saya telah dinaikkan dan syarikat landskap saya terus bertukar daripada mengalami kerugian menjadi untung. Banyak lagi projek baru kecil dan besar Alhamdulillah menyusul selepas itu.

Barulah saya faham betapa pentingnya ilmu, mentor dan sistem seperti disampaikan oleh Dr.Azizan serta mengamalkan ilmu yang telah dipelajari, yakin dengan Allah swt, berdoa kepadaNya.

Kehidupan saya telah banyak berubah dalam setahun selepas program pertama Dr.Azizan tahun lepas. Bersyukur saya kepada Ilahi kerana ilmu yang telah diberi banyak membantu hidup saya. Dapatlah saya berpeluang melancong ke luar negara, mengerjakan umrah. Terbaru yang paling best sekali ialah saya telah dipertemukan jodoh ……………….. bersambung pada minggu hadapan (Metro Ahad 18 Oktober 2009)

Raffiah Md.Esa
Raffiah_esa@yahoo.com

Ikuti artikel saya minggu depan atau layari www.rahsiatarikhlahir.com.my dan ”Sign-up” untuk mendapatkan artikel percuma dari saya. Kepada anda yang ingin tahu lebih banyak tentang potensi diri anda untuk berjaya atau kaya, berjumpa dengan saya di program mini Workshop Mentor Kekayaan & Kejayaan minggu ini di Kuala Lumpur, Melaka serta Kuantan. Tidak ada sesiapa yang boleh bantu kita melainkan diri kita sendiri dan orang yang gagal biasanya adalah kerana mereka GAGAL UNTUK BERTINDAK SERTA-MERTA.

sila tinggalkan komen di bawah sama ada saya perlu menulis keluaran minggu hadapan Metro Ahad atau tidak (18 Oktober 2009). ? :)

rosli on October 10th, 2009

Global Domains International (GDI) adalah syarikat yang menjalankan urusniaga internet domain dotWS (.ws). Ternyata ini barulah perniagaan internet sejati kerana urusniaga & produk sememangnya berkaitan dengan internet, malahan asas kepada internet.

office

GDI juga yang merupakan syarikat #37 dalam Inc. 500 “List” of the USA’s 500 fastest growing private companies dan #5 in the state of California.

inc

Ditubuhkan pada tahun 1999, GDI telah menerima pengesahan daripada Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (United State Department of Commerce) sebagai pembekal tunggal domain berstatus dotWS ke seluruh dunia.

ferrari

Terdapat juga beberapa buah syarikat yang besar telah pun bergabung bersama mereka, diantaranya adalah BMW, Ebay, Yahoo, Cisco System dan banyak lagi.

company

Sebelum ini kita telah dilanda gelombang dotCOM, maka pemilik GDI telah mencipta pilihan kedua yang lebih mudah iaitu dotWS, yang bermaksud WebSite.

Gelombang ini sudah mula melanda dunia dan jangan anda ketinggalan menyertainya. Sekarang ini lebih tiga billion orang yang boleh mengakses ke internet. Data menunjukkan bilangannya semakin bertambah berpuluh ribu setiap hari.

Hanya 1% sahaja yang mempunyai website sendiri. Dan pastinya anda berada pada masa yang betul untuk menyertai GDI diperingkat awal fenomena yang sedang melanda dunia sekarang ini.

Pakar perangkaan menyatakan bahawa pada tahun 2015 akan terdapat 500 juta domain name atau website yang akan diwujudkan.

domain

Bayangkan berapa banyak peluang pendapatan yang anda akan perolehi dan ianya akan berterusan dan semakin bertambah.

Sehingga berjumpa lagi di blog post seterusnya

Rosli Shafiee
http://gdi.rahsiaperniagaaninternet.my/