Petikan dari Metro Ahad 8 November 2009

Salam semua,
Terima kasih kepada anda yang mengikutti artikel saya setiap Ahad.

Terima kasih juga kepada ramai dari anda yang mengirim email bertanya tentang rahsia tarikh lahir mereka, potensi diri mereka, kerjaya atau perniagaan yang sesuai, bakat anak-anak mereka dan macam-macam lagi email yang saya terima setiap hari.

Untuk Makluman anda, saya sedaya upaya untuk membalas email-email anda tetapi terus terang saya katakan, biar berbaris ayat anda terima respon dari saya, ianya tidak akan sama dengan belajar dengan guru secara ‘live’ kan? Anda boleh tanya kepada mereka yang telah menjadi graduan program-program saya dan mereka akan katakan lebih baik anda hadir sendiri. Insya-Allah ia akan memberikan anda permulaan kepada menggunakan petensi diri anda secara maksima. Untuk pengetahuan anda, saya sedang membuat persediaan terakhir utuk pelancaran program baru saya “SEMINAR KENALI POTENSI DIRI – REVOLUSI 2010″ dan ianya akan dilancarkan pada bila-bila masa sahaja. Kali ini insya-Allah ianya adalah impak maksima, revolusi sebenar kepada anda yang perlukan kaedah atau panduan untuk anda memulakan perjalanan membina kekayaan serta kejayaan.

Tuan-Tuan dan Puan-puan

Minggu ini saya ingin berkongsi salah satu rahsia pentig untuk anda memulakan tarikan getaran kekayaan dan kejayaan di dalam hidup anda.

ada 3 langkah yang perlu anda sentiasa lakukan untuk sentiasa di kelilingi getaran atau aura kekayaan dan kejayaan, semoga ianya menjadi ingatan kepada diri saya juga:-

1. KENAL PASTI NIKMAT
Anda perlu mengenal pasti nikmat, rahmat, anugerah, hadiah yang telah di berikan kepada diri anda, keluarga anda serta ibu bapa anda dari Maha Memberi iaitu Allah SWT. Setiap satu nikmat baik yang kecil atau besar, yang nampak atau yang tidak nampak, yang direct atau indirect. Contoh direct ialah nikmat nyawa, nikmat panca indera dan yang indirect adalah seperti Allah SWT memberikan kita kerja melalui syaraikat ABC, nikmat memiliki kenderaan, nikmat makanan yang di masak oleh orang yang tersayang dan pelbagai nikmat lagi yang diberikan atau disalurkan melalui orang lain. Anda perlu duduk diam-diam serta fikirkan sejak di dalam kandungan ibu kita sehingga sekarang.

Masalahnya ramai di luar sana yang memilih dan sibuk mengenal pasti nasib “malang” yang menimpa mereka. Ada yang terlampau sibuk mengira apa yang orang lain TIDAK lakukan untuk mereka contohnya ada yang sentiasa ambik kira apa yang ibu bapa mereka TIDAK buat untuk mereka sedangkan banyak perkara yang ibu bapa mereka telah lakukan untuk mereka atau paling kurang mereka telah berkorban macam-macam untuk besarkan mereka.

Point saya ialah langkah pertama, kita perlu kenalpasti nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita samaada secara direct atu indirect.

sentiasa ikhlaskan diri dan berterima kasih di atas setiap satu pemberianNya dan sertailah ia dengan perbuatan…

2. BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH
Ikhlaskan diri anda berterima kasih di atas setiap satu pemberianNYA, selain daripada dengan kata-kata, sertailah dengan perbuatan seperti menjaga solat 5 waktu serta dilebih-lebihkan kesyukuran itu dengan solat-solat sunat yang lain. Di antara manusia, anda berterima kasih bila menerima bantuan, pertolongan, pemberian, hadiah atau ianya hanya sesuatu yang kita rasa kita ‘deserve’ seperti bayaran gaji atau bayaran untuk perkhidmatan yang kita berikan, walaupun rezeki itu adalah melalui manusia tetapi ia adalah dan mencaci rezeki daripada Maha Pemberi Rezeki. “Naudzubillahiminzalik”. Semoga ianya menjadi ingatan untuk saya dan kita semua. Sebab tu sekiranya ada peserta saya yang datang kepaa saya dan beritahu tentang mereka ditipu, duit mereka kehilangan atas apa sajaha sebab, saya cadangkan mereka untuk beristighfar sebanyak yang boleh atau buat solat taubat, mudah-mudahan mereka lebih hargai dan lebih bersyukur pada masa-masa akan datang InsyaAllah.

3. BERKONGSI NIKMAT
Langkah terakhir untuk anda fahami, sekiranya anda serius untuk mendapatkan kerberkatan dariNya serta mengaktifkan getaran-getaran kekayaan dan kejayaan di dalam hidup anda adalah dengan berkongsi nikmat. Mak saya selalu cakap, kalau tidak boleh kongsi banyak, kongsi sikit. Dan lakukannya secara konsisten.

Bila kita berbelanja untuk makan-minum serta pakaian keluarga kita, ianya adalah berkongsi nikmat. Bila kita berbelanja untuk ibu bapa, ianya adalah berkongsi nikmat dan sudah pasti bagi anda yang layak untuk berzakat seperti zakat harta atau pendapatan, ianya amat membantu di dalam mendapatkan kerberkatan dari Nya serta Insya-Allah, mudah-mudahan Dia akan menambah lagi.

Di dalam program saya, InsyaAllah saya ada berkongsi lebih dalam lagi tentang kaedah-kaedah yang efektif yang telah saya gunakan dan berkongsi dengan ramai graduan saya untuk anda mengaktifkan getaran getaran kekayaan dan kejayaan anda Insya-Allah.

3 TIPS AWAL UNTUK BERJAYA:

1. KENAL PASTI NIKMAT
2. BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH
3. BERKONGSI NIKMAT

Tuhan tidak akan mengubah nasik sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah nasibnya sendiri. Dan untuk berubah, anda perlukan ILMU, MENTOR YANG BAGUS DAN SISTEM yang telah terbukti berjaya Insya-Allah…

Tags:

Leave a Reply

*