Di sebalik kesusahan, ada kejayaan
Saya tertarik dengan artikel Dr Azizan Osman di harian metro (11 Oktober 2009) kandungannya ingin saya berkongsi dengan pembaca blog saya.
Selamat membaca
Salam semua,
Minggu ini saya ingin berkongsi dengan anda semua satu emel daripada salah seorang peserta saya Raffiah Md.Esa dari Johor Bahru yang ingin berkongsi kisah dengan anda.
Raffiah telah menyertai program saya di Johor Bahru pada bulan Julai tahun lepas. Dalam tempoh 1 tahun ini, Alhamdulillah hidupnya telah berubah setelah mempraktikkan ilmu yang dipelajari melalui program-program saya.
Ada sesetengah orang menganggap bahawa setelah habis SPM atau setelah mempunyai ijazah, mereka tidak perlu belajar lagi. Salah! Semua orang ingin berjaya perlu sentiasa sedia memperbaiki dirinya dan bersedia untuk belajar ilmu baru. Dan ilmu untuk menjadi berjaya atau kaya hanya boleh diajar oleh orang yang telah terbukti berjaya. Bukan Ph.D atau berapa keping Ijazah sahaja menjadi ukuran, tetapi ilmu kejayaan itu mungkin boleh dipelajari daripada sesiapa sahaja yang telah berjaya hatta daripada seseorang yang tidak mempunyai pendidikan yang tinggi.
Jangan salah faham, Bukanlah saya mengatakan pendidikan yang tinggi itu tidak penting, tetapi maksud saya adalah untuk menjadi seorang yang berjaya di dunia dan di akhirat, anda perlu bersedia untuk belajar daripada sesiapa sahaja yang telah berjaya. Yang baik dijadikan tauladan, yang tidak sesuai anda jadikan sempadan.
Anda juga perlu belajar menjadi seorang yang melihat hikmah dan kebaikan daripada setiap sesuatu kesusahan. Apa yang penting adalah anda mahu dan sanggup lakukan apa sahaja untuk membuat perubahan hidup anda serta keluarga anda untuk menjadi lebih bahagia, sihat, kaya, berjaya dan mencari keberkatanNYA. Tuhan tidak akan mengubah nasib kita sehingga kita mengubah nasih kita sendiri. Tetapi bagaimana kita mahu mengubah nasih kita sekiranya kita tidak tahu apakah kekuatan diri kita, kelemahan diri kita serta potensi diri kita? Apatah lagi sekiranya kita tidak bersedia untuk berkorban masa, tenaga dan invest sedikit untuk belajar mengubah hidup kita?
E-mel dari Raffiah Md. Esa:-
Sekalung kasih, setulus budi, pada semua pembaca dan graduan Dr Azizan Osman.
Saya hanya manusia biasa yang lahir tanpa keistimewaan atau “privilege”, malahan sepangjang hidup saya dulu sering dalam kekecewaan.
Dulu, setiap hari apa yang saya impikan adalah kematian sebagai jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah, untuk menghapuskan dan menamatkan penderitaan.
Namun dari hari pertama saya mengikuti program kenali potensi diri (dulu dikenali sebagai workshop Rahsia Tarikh Lahir) Dr Azizan Osman di Johor Bahru pada bulan Julai 2008, saya merasakan seperti telah disuntik ubat “booster” kegemilangan dalam kehidupan.
Baru saya nampak yang masih ada sinar untuk saya teruskan kehidupan untuk memperbaiki kesilapan & kelemahan masa lalu.
Apa yang penting usaha, yakin dan percaya segalanya adalah hikmah & anugerah Illahi.
Bermula dari detik itu saya berusaha untuk lebih mendalami potensi diri menggunakan ilmu yang telah diajar. Bersemangatkan keyakinan dan pasti setiap langkah yang dilalui mendatangkan kebaikan, setiap tips dan teori yang diajar oleh Dr Azizan Osman saya kupas dan fahami sehingga fanatik jadinya.
”Bukan Ph.D atau berapa keping ijazah sahaja menjadi ukuran tetapi ilmu kejayaan itu mungkin boleh dipelajari daripada sesiapa sahaja yang telah berjaya – Dr Azizan
Dalam tempoh 2 bulan selepas program, saya gunakan warna yang menyokong elemen getaran diri saya didalam getaran kehidupan seperti yang telah diajar. Rupa-rupanya seseorang itu boleh mendapat tenaga bukan sahaja melalui cara pemakanan yang betul, ilmu yang betul, malahan termasuklah warna yang betul. Saya dapati dengan izin Allah swt, saya dapat melihat perubahan positif di dalam kehidupan saya seteleh saya menggunakan warna-warnna yang menyokong elemen saya
Saya tidak bertuhankan Dr Azizan, tetapi saya bersyukur kepada Allah swt dengan ilmu yang ada padanya yang dikongsikan dengan peserta seperti saya, keikhlasannya serta keberkatan ilmu yang saya perolehi, ia memudahkan hidup saya seolah–olah dihujung jari. Tersemat di hati serta sanubari betapa murni dan sucinya kehidupan ini jika semua manusia yang berkeperibadian sebigini.
Satu perkara yang memeranjatkan saya ialah apabila saya diberhentikan kerja kerana kesilapan kecil setelah berkhidmat selama lebih dari 15 tahun di sektor perbankan. Saya tidak menyesal malahan berterima kasih dengan Dr Azizan, kerana dialah orang pertama yang bertanya adakah saya redha dengan apa yang terjadi.
Semenjak diberhentikan tahun lepas, saya telah menumpukan seluruh kehidupan dan kekuatan yang ada pada perniagaan yang saya curi-curi ceburi lebih dari 2 tahun lalu didalam bidang landskap. Kebetulan perniagaan yang saya ceburi ini, bersesuaian dengan saya berdasarkan kajian penyesuaian yang diajar oleh Dr. Azizan di dalam programnya. Ianya adalah tepat dan memberi kesan serta impak yang positif kepada saya.
Kaedah kuasa minda pada frekuensi Alpha Brain Wave yang diajar oleh Dr. Azizan juga amat menarik. Dengan izin Allah swt, doa saya makbul dengan cepat dan menjadi apabila saya inginkan projek jutaan runggit dan saya telah berjaya mendapatkannya dalam tempoh lebih kurang 2 bulan selepas saya menyertai program Dr.Azizan.
Tetapi langit tidak selalu cerah. Satu dugaan saya hadapi bila harga minyak naik secara mendadak dan projek yang saya dapat bertukar menjadi igaun ngeri bila syarikat saya dianggarkan akan mengalami kerugian melibatkan jumlah yang hampir setengah juta Ringgit Malaysia. Ditambah pula dengan kesilapan tersebut harga tender pada awalnya yang agak rendah dan rakankongsi pula lari kerana takut tanggung hutang. Tiba-tiba saya rasa seperti telah jatuh ditimpa tangga! Sangat memeningkan ketika itu.
Tetapi pada waktu itulah pentingnya mempunyai mentor. Dengan berkat tunjuk ajar serta bimbingan Dr. Azizan, saya telah menggunakan kaedah getaran Alpha & Delta ( Satu kaedah penggunaan kuasa minda), sesuatu yang menakjubkan telah berlaku.
Alhamdulillah segalanya dapat diatasi, harga tender saya telah dinaikkan dan syarikat landskap saya terus bertukar daripada mengalami kerugian menjadi untung. Banyak lagi projek baru kecil dan besar Alhamdulillah menyusul selepas itu.
Barulah saya faham betapa pentingnya ilmu, mentor dan sistem seperti disampaikan oleh Dr.Azizan serta mengamalkan ilmu yang telah dipelajari, yakin dengan Allah swt, berdoa kepadaNya.
Kehidupan saya telah banyak berubah dalam setahun selepas program pertama Dr.Azizan tahun lepas. Bersyukur saya kepada Ilahi kerana ilmu yang telah diberi banyak membantu hidup saya. Dapatlah saya berpeluang melancong ke luar negara, mengerjakan umrah. Terbaru yang paling best sekali ialah saya telah dipertemukan jodoh ……………….. bersambung pada minggu hadapan (Metro Ahad 18 Oktober 2009)
Raffiah Md.Esa
Raffiah_esa@yahoo.com
Ikuti artikel saya minggu depan atau layari www.rahsiatarikhlahir.com.my dan ”Sign-up” untuk mendapatkan artikel percuma dari saya. Kepada anda yang ingin tahu lebih banyak tentang potensi diri anda untuk berjaya atau kaya, berjumpa dengan saya di program mini Workshop Mentor Kekayaan & Kejayaan minggu ini di Kuala Lumpur, Melaka serta Kuantan. Tidak ada sesiapa yang boleh bantu kita melainkan diri kita sendiri dan orang yang gagal biasanya adalah kerana mereka GAGAL UNTUK BERTINDAK SERTA-MERTA.
sila tinggalkan komen di bawah sama ada saya perlu menulis keluaran minggu hadapan Metro Ahad atau tidak (18 Oktober 2009). ?






