Apa yang ada pada tarikh lahir Anda

====================================
Apa yang ada pada tarikh lahir anda?
====================================

Emel dari pembaca Metro:

“Salam En Azizan, saya ingin tahu tentang sejauh manakah
kaedah yang tuan ajarkan ini boleh kita aplikasikan di dalam
kehidupan kita? Saya juga ingin tahu bagaimana untuk memilih
perniagaan yang sesuai kerana saya telah membuat banyak
perniagaan dan menyertai banyak perniagaan jualan langsung (MLM)
tetapi masih lagi tidak berjaya. Diharapkan tuan boleh memberikan
sedikit pandangan.

Ahmad Daniel Reza, Bukit Mertajam, Pulau Pinang”

Salam Daniel dan semua!

Saya amat teruja juga melihat banyak emel yang dihantar kepada
saya yang meminta pendapat ataupandangan tentang pelbagai masalah
atau situasi yang berlaku disekeliling kita sehari-hari. 

“Macam-macam Azizan.....”
agaknya itu rancangan yang boleh kita buat akan datang tentang
pelbagai sketsa kehidupan (Saya ada buat kiraan keserasian
mengikut nama dan tarikh lahir Mawi dan Ikin, tetapi tak pasti
patut tak disiarkan! Insya-Allah akan datang saya kongsi dengan
anda).  Ada yang mencari penyelesaian tentang masalah kewangan,
perniagaan, perhubungan sesama keluarga, suami-isteri, ibu bapa
dan anak serta pelbagai situasi yang menarik yang saya teringin
nak bantu.

Kepada semua yang menghantar emel, saya ucapkan terima kasih.
Banyak yang kita dapat balas dan yang belum tu... Harap bersabar
atau kalau dah tak boleh sabar dah, jumpa saja saya di workshop
bulan depan. Insya-Allah dapat mencari penyelesaiannya. Terima
kasih juga kepada ramai yang telah mendaftar untuk workshop kita
bulan depan, tahniah kerana anda bertindak sekarang dengan
mengambil peluang harga promosi yang kami berikan dan anda memang
nak belajar ilmu yang akan merubah kehidupan anda menjadi lebih
hebat lagi.

Apa yang saya nak sentuh hari ini adalah tentang  “APA YANG
ADA PADA TARIKH LAHIR ANDA?”. Ramai yang cakap ini adalah tilik
atau ramal nasib dan sebagainya. Dan saya hanya tersenyum kalau
ada orang yang cakap begitu, kerana saya dulu pun berfikiran
begitu juga. Sehinggalah saya memberikan diri saya peluang untuk
membuat kajian sendiri 10 tahun dulu untuk membuat kepastian
serta bagi mengenali kekuatan, kelemahan, ancaman, peluang dan
potensi diri saya sendiri dan pada masa yang sama saya
mempraktiskan kaedah ini di dalam kehidupan saya, di dalam
perniagaan saya, saya gunakan untuk membantu orang-orang
disekeliling saya, di mana kaedah ini adalah tinggi ketepatan
“pattern” untuk digunakan sebagai salah satu panduan untuk
menghuraikan tentang seseorang itu. Saya juga berpeluang belajar
banyak daripada ramai guru-guru yang hebat seperi arwah Tuan Haji
Sulong, arwah Pak Md Nor, Hj Mahadi, abang Eddy Rosyaidie dan
abang Salman.

Kaedah ini hanyalah mengenal pasti pattern ataupun corak tentang
sesuatu kejadian yang telah berlaku sebelum ini dan kemudian kita
buat satu strategi untuk memperbaiki situasi itu. Contohnya,
latar belakang saya dulu adalah di dalam bidang analisa
pelaburan. Di dalam menganalisa pasaran saham dan hala tujunya.
Kita memerlukan alat dan kaedah untuk membuat kajian. Maka
biasanya penganalisis pelaburan akan membuat kajian berdasarkan
“fundamental analysis” tentang ekonomi secara global, makro,
perbandingan antara industri, menganalisa laporan kewangan
tahunan, menggunakan “technical analysis” untuk mengkaji
pattern pergerakan saham syarikat tersebut sebelum kita membuat
sesuatu ramalan atau forecasting. Setelah kita membuat kajian dan
ramalan ini, kita tak akan berani mengatakan 100% tepat. Tetapi,
setelah semua usaha dan kajian telah dilakukan, kita akan lebih
berani dan yakin dengan keputusan yang kita buat dan kita akan
lebih bersedia dengan risiko yang mungkin kita sanggup h
adapi.

Contoh (2) yang saya suka nak beri adalah tentang peniaga ais
krim. Seandainya satu kajian statistik dijalankan, kita akan
dapati ada perbezaan jualan ais krim di musim panas dan musim
hujan (Bukan di dalam bulan ramadhan). Bila hujan, biasanya
jualan ais krim akan merosot. Tetapi, sekiranya peniaga ais krim
itu membuat kajian mudah dan sedar tentang situasi ini, apa yang
dia boleh lakukan ialah, peniaga ais krim boleh bersedia menjual
ais krim goreng ketika musim hujan, silap-silap jualan ais
krimnya akan meningkat!

Kedua-dua contoh mudah di atas adalah bagi kita memahami tentang
kaedah tarikh lahir ini adalah satu kajian pattern of behaviour
ataupun corak kelakuan . Contoh secara asasnya, bagi sesiapa yang
lahir pada 1hb, 10hb, 19hb, 28hb atau bulan Januari atau bulan
Oktober, biasanya orang ini mempunya karektor sebagai pemimpin,
suka mengawal dan mengarah, keyakinan diri yang tinggi,
‘perfectionist’, banyak idea orangnya, tak mahu kalah atau
mengalah walaupun dia salah, ego yang tinggi dan banyak lagi yang
kita boleh huraikan tentang dia. Begitulah seterusnya bagi setiap
nombor asas ini, ada huraian perwatakan yang boleh kita kenal
pasti samada untuk diri kita atau diri orang lain. Samada
kekuatannya ataupun kelemahnya.

Melalui tarikh lahir kita boleh kita huraikan tentang watak kita
atau orang sekeliling kita samada yang kita sedar atau tidak, di
mana yang watak yang bagus kita boleh tingkatkan lagi dan
sekiranya tidak bagus kita boleh perbaiki. Kita boleh huraikan
tentang potensi di dalam satu-satu jenis perniagaan kerana banyak
kajian yang telah dibuat sebelum ini yang kita dapati, mereka
yang berjaya dan kaya, biasanya mereka secara sedar atau tidak
berada di dalam satu perniagaan atau industri yang sesuai dengan
elemen pada tarikh lahir mereka. Ini memudahkan mereka mencapai
kejayaan yang mereka kehendaki. Sebab tu ada kes yang kita jumpa
di mana ada peserta yang sebelum ini dia selalu gagal di dalam
perniagaan tetapi setelah mengikuti kursus saya, mereka telah
memilih perniagaan yang sesuai dengan elemen yang ada pada mereka
dan berkat usaha dan strategi yang sesuai, dia sekarang sangat
berjaya.

Selain daripada diri kita, melalui analisa tarikh lahir juga
kita boleh rancang masa depan anak-anak kita, kita boleh tahu
psikologi cara mereka berfikir dan cara nak berkomunikasi dengan
mereka. Melalui kaedah ini, saya dan ramai yang telah gunakan
sebelum ini untuk memilih pekerja, rakan niaga atau bos yang
sesuai dan serasi dengan kita. Ada yang menggunakan untuk
mengenal pasti pasangan yang sesuai atau lebih mengenal pasangan
mereka sekarang. Melalui kaedah ini juga, kita boleh mengenal
pasti potensi masalah kesihatan untuk membuat pencegahan atau
mencari penyelesaian.

Jadi, kunci kata yang saya suka gunakan kepada sesiapa yang
ingin tahu, apa yang kita boleh buat dengan tarikh lahir kita?
Maka jawapan saya ialah “kenal dan rancang”, “Check and
balance”, “swot analysis” atau mengenal pasti kekuatan,
kelemahan, potensi, ancaman dan peluang yang kadang-kadang kita
memang ada. Ramai yang hantar emel kepada saya yang mengatakan
dia rasa dia seorang yang gagal di dalam perniagaan, percintaan,
pelajaran, perkahwinan, keibu-bapaan dan macam-macam lagi.
Tetapi, jawapan saya sangat mudah............ Sebab kita belum
sempat nak kaji tentang diri kita. Saya selalu cakap di dalam
program saya yang ramai di luar sana sanggup belanja ribuan
ringgit untuk mengubah suai rumah, ubah suai kereta dan pasang
‘sports-rim’, sanggup belanja ribuan ringgit untuk lalui
banyak kegagalan. Tetapi tak sanggup untuk melabur di dalam
peningkatan dan pengubah suaian diri untuk membina strategi ke
arah mencapai kebahagiaan, kesihatan, kekayaan dan kejayaan
tetapi kita gembira untuk menjerit-jerit komplen.....
“Kenapa aku selalu gagal?
Kenapa anak-anak aku gagal?
Kenapa aku tak kaya?”

Wassalam.

Testimonial
“Saya tak percaya pada mulanya yang tarikh lahir saya boleh
dihuraikan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri
sehinggalah saya menyertai Workshop Rahsia Tarikh Lahir oleh
Azizan Osman, saya lebih yakin dengan potensi diri saya. Terima
kasih kepada Azizan kerana berkongsi ilmu rahsia ini.”

Ir. Ishan Ismail (Project Manager, Island & Peninsular Bhd))

jumpa lagi di post yang akan datang
Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>