/terbitan Metro Ahad 20 Oktober 2009/
Salam semua,
Perhatian:
Artikel ini dan program saya adalah untuk anda yang serius untuk berjaya serta bersedia untuk belajar bagaimana untuk berjaya. Ia tidak sesuai untuk anda yang berada pada tahap “sudah cukuplah”, tidak ada keinginan serta kemahuan untuk memperbaiki taraf kehidupan atau spesis yang suka bertangguh dalam setiap kerja.
Tuan-tuan dan Puan-puan,
Semua orang kalau ditanya soalan ini, ‘adakah mereka mahu berjaya dalam hidup?’, Insya-Allah pastinya jawapan mereka adalah ya!. Kalau ditanya soalan, adakah mereka ingin hidup kaya? Insya-Allah jawapan mereka adalah Ya!. Jika ditanya adakah mereka mahu hidup bahagia? Insya-Allah jawapan mereka juga adalah Ya!.
Bagi sesetengah orang, mereka telah mencapai kejayaan atau kekayaan yang mereka inginkan tetapi bagi ramai yang lain, mereka masih lagi tercari cari kekayaan atau kejayaan mereka.
Saya percaya, anda juga punyai keinginan untuk melihat hidup anda berubah kepada lebih baik lagi. Anda juga mahu mempunya tahapan kewangan yang lebih baik lagi dari sebelum ini. Dapat pandu kereta yang lebih mewah lagi seperti BMW ke, Porche ke, Mercedez Benz ke… Yelah, hidup hanya sekali dan kita pastinya mahu hidup ‘to the max’. Hidup dengan menggunakan potensi diri yang paling maximum.
Anda mungkin telah hidup bertahun-tahun ini dengan ‘melanggar dinding’ demi ‘dinding’ yang lain, maksudnya anda telah melalui pelbagai kesusahan, telah melakukan pelbagai kesilapan, telah melalui banyak kerugian, banyak kehabisan wang ringgit untuk lakukan macam-macam perniagaan, pelaburan atau kerja untuk mendapatkan kejayaan atau kekayaan hidup, tetapi kehidupan anda masih ditahap yang sama atau mungkin lebih teruk lagi dari sekarang.
Anda mungkin telah berjaya pada satu tahap yang membanggakan tetapi anda masih tidak berpuas hati dengan pencapaian anda, kedudukan anda atau kekayaan serta kejayaan anda.
Itulah persoalan yang menghantui saya bertahun-tahun lamanya sebelum saya bertemu dengan jawapannya. Kaedah kajian tarikh lahir yang saya gunakan iaitu dengan memahami sains tingkah laku manusia yang dikaji melalui corak atau ‘pattern’ yang ada pada sistem getaran nombor pada tarikh lahir untuk memahami tentang watak-watak serta karektor-karektor, kekuatan, kelemahan dan potensi yang ada pada seseorang.
Insya-Allah dengan kaedah ini yang saya telah gunakan untuk mengkaji lebih 5,000 responden dalam tempoh 7 tahun ini. Serta mengaplikasikannya keatas diri saya dan diajarkan serta digunakan oleh lebih 20,000 orang peserta-peserta saya. Anda boleh fahami kenapa anda asyik ‘melanggar dinding’ sahaja. Anda boleh fahami kenapa anda belum berjaya atau kaya lagi. Anda boleh kenal pasti adakah anda punyai DNA kekayaan atau kejayaan dan bagaimana untuk memiliki potensi kekayaan dan kejayaan hidup pada diri anda atau ahli keluarga anda.
Kaedah kedua saya gunakan adalah kaedah ‘Mind Reformatting’ atau ‘Mind Reprogramming’. Bukan diahar hanya secara teori, kaedah ini saya ajar secara praktikal di dalam program-program lanjutan saya supaya anda dan minda anda akan diprogramkan untuk menarik kekayaan, kejayaan dan kebahagiaan, kesihatan serta lebih mementungkan keberkatan Allah swt di dalam apa saja yang ingin kita capai.
Kedah ketiga yang anda perlu pelajari adalah aplikasi teknik ‘Alpha Brain Wave’. Ia adalah satu kaedah yang menggunakan teknik frekuensi minda di peringkat Alpha. Di mana, di dalam kajian sains, ‘even’ bagi anda yang pernah belajar masa sekolah dulu. Anda harus pernah mendengar teknik mengingat di mana, minda kita akan lebih kuat daya ingatan dan pemikirannya bila minda kita berada pada tahap frekuensi ‘Alpha’. Di dalam kajian saya, saya dapati, semua orang melalui kitaran frekuensi ‘Alpha’ ini hampir setiap minit di dalam kehidupan kita. Sebelum kita tidur, beberapa ketika selepas bangun tidur, ketika sujud atau rukuk di dalam solat serta banyak lagi situasi lain. Dengan kaedah ‘Alpha’, anda akan manifestasikan doa atau permintaan atau keinginan anda dengan lebih cepat dan tepat Insya-Allah kerana anda berada di situasi atau ketika-ketika yang doa adalah mustajab. Secara sainsnya, anda berada di frekuensi yang selari dengan frekuensi atau getaran alam semulajadi. Maka lebih mudah anda mencapai keinginan anad. Pada masa yang sama, ianya ada kaitan dengan sistem neuron dan sel minda anda yang mempunyai ‘kuasa magnet’
Disitulah relevannya teknik yang anda pernah baca di dalam buku ‘The Secret” iaitu “Law Of Attraction”. Bagaimana anda menarik apa yang anda mahu ke dalam kehidupan anda. Anda berfikiran positif dan berhati bersih, InsyaAllah tarikan sekeliling anda adalah menjurus ke arah positif dan begitulah sebaliknya, sekiranya anda berminda negatif atau berhati “busuk”, tarikan kehidupan sekeliling anda menarik ke arah negatif, kesusahan, kesempitan, kebencian dan kesakitan…
Insya-Allah banyak lagi yang saya nak kongsikan dengan anda secara peringkat demi peringkat. Ilmu ini kena konsisten belajar. Bak kata orang bijak pandai, ilmu tu kita perlu pelajari dari dalam buaian hinggalah ke liang lahad nanti supaya kita sentiasa bersedia untuk memperbaiki diri kita atau kehidupan kita. Banyak tu ilmu kita, banyak tulah pendapatan kita atau tahapan kejayaan kita. Betul kan?
Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah nasibnya sendiri. Dan untuk berubah, anda perlukan ILMU, MENTOR YANG BAGUS DAN SISTEM yang telah terbukti berjaya insya-Allah

