10 Cara Aktifkan Getaran Kejayaan Anda
Oct 24, 2009 dr azizan osman
Post saya kali ni agak terlewat sedikit, memandangkan saya ada masa terluang untuk menaip artikel Dr Azizan Osman keluaran Metro Ahad pada 4 Oktober 2009. Apa pun ilmu patut di kongsi bersama yer tak?
Aktifkan Getaran Kejayaan Anda
Salam semua,
Semoga anda bahagia menikmati Syawal bersama-sama keluarga tercinta! Minggu ini saya ingin berkongsi tentang bagaimana anda boleh mulakan perubahan hidup anda.
Adakah anda berminat untuk membina kehidupan yang lebih bahagia, sihat, kaya dan berjaya? Adakah anda percaya yang anda serta keluarga anda layak untuk kehidupan yang lebih baik daripada sekarang?
Cuba perhatikan semua mereka yang berjaya dan kaya… Adakah beberapa persamaan tentang mereka yang ingin saya kongsikan dengan ada minggu ini… Tetapi sebelum itu, anda perlu faham bahawa secara asasnya, semua benda mempunyai getaran atau tenaganya tersendiri. Ibarat magnet, ia akan menarik getaran atau tenaga yang sama. Dan getaran atau tenaga itu wujud di dalam diri kita.
Kalau nak faham dengan lebih mendalam, jumpa saya di dalam program saya nanti, saya akan terangkan lebih dalam secara saintifik tentang getaran dan tenaga. Saya juga akan ajar tentang bagaimana anda boleh mengenali potensi serta bakat diri anda serta sesiapa sahaja di sekeliling anda… Saya tidak akan mengajar tentang bagaimana anda boleh meramal nasib, menilik bintang atau horoskop atau bagaimana membaca “tarot card” atau tapak tangan atau tilik muka kerana itu semua adalah haram. Kaedah yang saya gunakan adalah kajian sains tingkah laku manusia yang kita kaji menggunakan teori yang sangat “simple”, “Correlation Theory” tentang watak serta bagaimana mengenali kekuatan, kelemahan dan potensi seseorang supaya anda boleh memperbaiki dan mengubah kehidupan diri anda dan sekeluarga.
Contohnya, kita kumpulkan fakta dan data untuk setiap orang yang lahir pada 1hb, 10hb, 19hb dan 28hb. Saya dapati dengan jelasnya yang mereka ini mempunyai beberapa persamaan watak seperti optimistik, apa sahaja kesusahan atau kegagalan yang berlaku di sekeliling mereka, mereka akan katakan, “Ada hikmahnya…” mereka juga selalu mempunyai banyak idea-idea baru, Cuma kadang-kadang idea itu banyak sangat sampai tak terbuat. Mereka mempunya inisiatif untuk memulakan sesuatu benda/perkara yang baru. Suka befikir. Suka memerhatikan orang. Bersifat kepimpinan. Nampak yakin. Banyak lagi tentang watak ini dan kelemahan mereka yang kita akan huraikan bersama di dalam program saya yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Cuma peringatan dari saya ialah JANGAN! JANGAN! JANGAN sesekali bertanya dengan orang yang tidak ada ilmu di dalam bidang ini atau tidak terbuka dengan ilmu-ilmu sains kejayaan atau Ilmu-ilmu baru, kerana mereka biasanya akan kata, “mengarut saja benda-benda ni semua!…”Yalah, anda tanya seorang yang pakar dalam bidang longkang tentang bagaimana nak cipta kereta…Tak relevan kan?
“Berapa ramai yang sepatutnya boleh hidup lebih bahagia, sihat, kaya dan berjaya hari ini tetapi memilih untuk hidup biasa atau hidup penuh dengan kekecewaan, kesempitan, penderitaan dan sentiasa di kelilingi oleh masalah yang tidak putus-putus…”
“Pemerhatian kajian saya selamat 10 tahun mendapati ada beberapa persamaan di antara orang-orang yang berjaya dan kaya…”- Dr Azizan Osman
Di dalam pemerhatian dan kajian saya selama hampir 10 tahun tentang sains kejayaan, saya dapati ada beberapa persamaan di antara orang-orang yang berjaya dan ramai yang kaya serta kaya lagi… Di sini, saya ingin berkongsi 10 tips untuk mengaktifkan tarikan getaran kejayaan:-
- Mereka bersyukur dengan setiap satu nikmat Allah swt. Bersyukurnya mereka bukan sekadar dengan kata-kata “Alhamdulillah” sahaja, tetapi disertai dengan perbuatan… Mereka gunakan nikmat tersebut dan biasanya mereka berkongsi dengan orang lain.
- Mereka sentiasa mencari ilmu untuk muhasabah diri, mengenali diri dan sentiasa memperbaiki diri mereka. “Non-stop” mendapatkan ilmu dan mentor untuk memudahkan mereka berjaya. Mereka sanggup berkorban wang ringgit dan masa untuk ditukarkan dengan mendapatkan ilmu dan mentor. Mereka faham yang ilmu adalah penyuluh hidup mereka.
- Mereka bergaul dengan orang-orang yang positif yang membantu pemikiran mereka serta kejayaan hidup mereka.
- Mereka bersangka baik. Apa maksud “bersangka baik”. Berfikiran positif tentang diri sendiri dan orang lain. Hidup ini ada “Ups” dan ada “Downs”, tetapi mereka yakin yang setiap satu kesusahan akan disertai dengan kesenangan. Itu janji Tuhan.
- Mereka tidak iri hati atau sakit hati dengan kejayaan orang lain malahan mereka mendoakan kejayaan orang lain dan berdoa yang mereka juga akan berjaya seperti orang lain.
- Perkataan “putus asa” tidak ada di dalam kamus hidup mereka.
- Mereka menymbang kepada masyarakat atau kepada mereka yang memerlukan.
- Sentiasa berfikiran besar dan positif.
- Menjaga ibu bapa mereka dan mengembirakan rakan mereka. Ini rahsia besar untuk berjaya dalam hidup.
- Sekiranya mereka muslim, saya dapati mereka banyak beristiqhfar selain daripada menjaga tanggungjawab mereka sebagai muslim, amat mudah mengaktifkan getaran kejayaan di dalam hidup mereka.
Selain daripada itu, saya rasa semua orang wajib mendapatkan ilmu untuk kenali diri mereka sendiri, sebelum digunakan untuk mengenali semua orang disekeliling mereka. Selain daripada ia adalah tuntutan agama, ia adalah cara untuk anda menggunakan bakat (nikmat) yang diberikan oleh Maha Pencipta untuk digunakan kearah yang betul. Contohnya, kalau anda tidak ada ilmu tentang bagaimana memandu kapal terbang tetapi anda mahu memandunya, anda akan “end-up” menekan butang yang salah…
Banyak lagi nanti yang akan saya kongsikan didalam program “Seminar Kenali Potensi Diri-Revolusi 2010” serta “Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan” yang akan dilancarkan beberapa minggu yang akan datang ini.
Tetapi bagi anda yang tak sabar untuk berjumpa dengan saya, mendaftarlah sekarang untuk program Mini Workshop Kekayaan dan Kejayaan bermula minggu hadapan di seluruh Malaysia
Berapa ramai yang saya lihat, mereka sepatutnya boleh hidup lebih bahagia, sihat, kaya dan berjaya hari ini tetapi secara sedar atau tidak, mereka memilih untuk hidup biasa-biasa atau hidup penuh dengan kekecewaan, kesempitan, penderitaan dan sentiasa dikelilingi oleh maslah yang tidak putus-putus…
Saya telah berjaya mengadakan program untuk lebih 20,000 orang tahun ini sahaja untuk memulakan perjalanan mengenali potensi diri mereka dan untuk digunakan secara maksima. Saya akan melancarkan program yang lebih besar tidak lama lagi, 60,000 tiket mungkin percuma juga untuk program seluruh Malaysia, tetapi sekiranya anda mahu menjadi orang yang pertama mendapat informasi tentang pelancaran program yang terdekat ini, sila layari www.rahsiatarikhlahir.com.my dan daftarkan nama dan emel anda secara percuma di situ untuk mendapatkan info dan artikel dari saya.
Bersedia untuk belajar bagaimana boleh mulakan perubahan di dalam hidup anda? Dapatkan artikel saya yang lepas lepas di www.rahsiatarikhlahir.com.my dan jumpa lagi minggu depan di Metro Ahad.



Leave a Reply